top of page

Kriteria Pertandingan

Kriteria: Image

Kaligrafi

Rupa

  • Tulisan mempunyai rupa seperti karakter Mandarin yang sebenar.

  • Lukisan mempunyai rupa seperti tikus.

Tulisan

  • Tulisan kelihatan kemas dan cantik.

  • Perkataan yang ditulis mengikut urutan penulisan karakter “character order” yang betul.

Kekemasan

  • Kertas kaligrafi yang dihantar bersih dan tidak mempunyai tumpahan dakwat.

  • Kedudukan tulisan dan lukisan adalah “centre”, tidak terlalu berada di kiri dan di kanan kertas.

Kriteria: List

Nyanyian

Lagu dan Lirik

  • Lagu dan lirik mestilah di dalam Bahasa Mandarin

  • Tidak mengandungi unsur lucah dan negatif

  • Lirik dinyanyikan sepenuhnya

Suara dan Nada

  • Menggunakan nada yang bersesuaian mengikut rentak lagu

  • Suara tidak pecah ketika korus dan tidak tenggelam ketika nada rendah

Sebutan

  • Sebutan lagu jelas dan mudah didengari

  • Sebutan lagu tidak tenggelam bersama muzik

Tempo

  • Nyanyian mengikut tempo muzik

  • Nyanyian tidak terlalu cepat dan terlalu lambat dari muzik

Persembahan

  • Menggunakan ruang yang sedia ada dengan sebaiknya

  • Berinteraksi dengan penonton seperti senyuman, lambaian dan sebagainya

Kostum dan Prop

  • Memakai pakaian atau kostum yang bersesuaian dan sopan

  • Menggunakan prop seperti bunga dan sebagainya

Kriteria: List

Lakonan

Penggunaan Bahasa dan Kelancaran Sebutan

  • Menggunakan Bahasa Mandarin sekurang-kurangnya 20% daripada keseluruhan dialog

  • Menggunakan satu bahasa bagi satu ayat dan tidak menggunakan bahasa rojak di dalam satu ayat

  • Menggunakan ayat dan perkataan yang sopan di dalam dialog

  • Sebutan dialog adalah jelas dan lancar

  • Dialog mudah difahami oleh semua golongan

Nilai dan Mesej

  • Peserta dan penonton faham dengan jelas tentang nilai dan mesej yang disampaikan

  • Penceritaan mengandungi nilai-nilai positif yang boleh dijadikan iktibar

  • Mengandungi sekurang-kurangnya 5 nilai-nilai positif di dalam penceritaan

  • Nilai dan mesej yang berkait rapat dengan suasana di Malaysia amat digalakkan

Tema Lakonan

  • Tema lakonan hendaklah berkaitan dengan budaya masyarakat Cina

  • Percampuran budaya di dalam lakonan adalah dibenarkan tetapi budaya Cina haruslah lebih dominan

  • Tidak dibenarkan membawa budaya dan unsur-unsur negatif di dalam lakonan

Kostum dan Mekap

  • Menggunakan kostum, pakaian dan mekap yang bersesuaian dengan penceritaan

  • Pakaian hendaklah bersopan dan tidak menjolok mata

  • Penggunaan kostum dan pakaian tidak mendatangkan unsur-unsur negatif seperti fitnah, pergaduhan, perpecahan dan sebagainya

Efek Bunyi

  • Menggunakan efek bunyi yang bersesuaian dengan jalan cerita

  • Ketinggian dan kejelasan efek bunyi haruslah bersesuaian dengan situasi dan tidak mengganggu penceritaan

Kostum dan Prop

  • Memakai pakaian atau kostum yang bersesuaian dan sopan

  • Menggunakan prop seperti bunga dan sebagainya

Penggunaan Prop

  • Penggunaan prop bersesuaian dengan penceritaan

  • Menggunakan sepenuhnya prop yang dibawa semasa penceritaan

  • Penggunaan prop yang membahayakan keselamatan adalah dilarang

Hasil Kreativiti

  • Digalakkan menggunakan kreativiti yang unik di dalam penceritaan

  • Kreativiti hendaklah bersesuaian dengan tema lakonan

Ketepatan Masa

  • Masa yang diberi adalah selama 10 minit

  • Penggunaan masa haruslah bertepatan supaya tidak melebihi 10 minit dan tidak terlalu sekejap

Kriteria: List

Dianjurkan oleh Unit Mandarin & Kelab Pinyin KPMBP

©2020 by Mandarin Fest. Proudly created with Wix.com

bottom of page